Wednesday, June 6, 2018

Tips minum air banyak di bulan puasa

Apabila kita berpuasa, tubuh akan kehilangan banyak cecair. Oleh itu, kita perlu memastikan pengambilan air putih yang mencukupi untuk mengganti semula cecair yang telah hilang semasa kita berpuasa. Jika air yang diganti terlalu sedikit, kita mungkin akan berisiko untuk mengalami dehidrasi.

Jika anda masih tercari-cari tips minum air banyak semasa di bulan puasa ini, saya kongsikan tips ntuk mendapatkan sekurang-kurangnya 8 gelas air putih, cuba bahagi-bahagikan pengambilan air kosong mengikut masa ini :

  • 1 gelas selepas bangun tidur untuk bersahur
  • 1 gelas selepas selesai makan sahur
  • 1 gelas selepas azan maghrib, sebelum makan makanan berat
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan makanan berat
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas solat terawikh
  • 1 gelas sebelum tidur            


Selamat Mencuba



No comments:

Post a Comment